©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

"I AM ME Britain's Got Talent" Hasil Parodi Aku Berjaya Capai 1 Million Views!


"Aku tergamam seketika ketika melihat viewers video yang aku sendiri edit dan upload di Youtube telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 juta penonton! Nak menjerit aku rasa, hahahahaha, (feeling retis kejap). Seperti yang kita tahu, lagu "I AM ME" by Dato Seri Vida amat popular di Malaysia pada masa kini sehingga viral di seluruh negara dan banyak juga "Reaction Video" yang dilakukan oleh orang asing terhadap lagu tersebut. Aku juga tidak terkecuali mendengar lagu tersebut, yang pada mulanya aku berasa kurang gemar untuk mendengar lagu tersebut. Walaupun pada mulanya aku tidak suka, tetapi  lagu tersebut secara tidak langsung aku tak tersengaja terhafal lagu tersebut, setelah menonton parodi-parodi yang banyak di-upload di social media!(Hebat sungguh penangan lagu berhantu ini hahaha) Lama kelamaan aku menjadi suka dengan lagu tersebut."

Viewers Blog Cecah 100 Ribu!



Yeahhhhhhh......

Syukur Alhamdulilah, setelah sekian lama, lebih kurang setahun lebih, barulah viewers untuk blog ini mencecah 100K! Walaupun pun blog ini tidaklah mempunyai entry post yang banyak, namun alhamdullilah berjaya juga mencapai target yang ditetapkan. Sebenarnya viewers mencecah 100K pada minggu lepas, tetapi disebabkan sibuk dengan exam dan program di Universiti ni, terpaksalah ditangguh dulu.

Pengalaman naik MRT Sungai Buloh-Kajang Line

Hi.. bertemu kembali

Baru sahaja semalam keluar jalan-jalan pergi The Curve, maklumlah sejak MRT mula beroperasi dekat Sungai Buloh ni, senanglah nak keluar, memandangkan bas pun juga ada disediakan, free of charge lagi! Untuk pengetahuan semua, perkhidmatan bas dan MRT adalah percuma untuk satu bulan sehingga 16 Januari tahun hadapan. Syukur, alhamdullilah, rasa sangat beruntung sebab perkhidmatan ini disediakan pada tahun kami semua start belajar! Kalau untuk pelajar sebelum sebelum ini, memang tiada perkhidmatan bas yang melalui kawasan Uitm Sg Buloh, kebanyakkan pelajar pada masa tu banyak menggunakan Grabcar, Uber, atau tumpang senior yang pastinya mahal! Atleast lepas ini, nak balik rumah atau shopping barang, tak adalah makan banyak duit!





Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh


Muzium Perubatan Uitm Sungai Buloh merupakan satu tarikan bagi siapa yang mengunjunginya. Walaupun tempat ini dibina khas untuk para pelajar, tetapi orang luar juga dibenarkan untuk mengunjunginya sekali. Tempat ini menempatkan pelbagai jenis spesimen yang akan membuatkan kita kagum, contohnya seperti gambar diatas. Selain itu, kita juga dapat melihat organ-organ manusia, turut sama, jenis-jenis haiwan berbisa seperti ular, kala-jengking... serangga, dan juga hidupan laut. Semua perkara yang dipamerkan semestinya berkait rapat dengan sudut perubatan. Daripada perkara yang normal sehingga yang tidak normal.

Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.