©ChumChumLee. Powered by Blogger.
Welcome To My Blog

"I AM ME Britain's Got Talent" Hasil Parodi Aku Berjaya Capai 1 Million Views!


"Aku tergamam seketika ketika melihat viewers video yang aku sendiri edit dan upload di Youtube telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 1 juta penonton! Nak menjerit aku rasa, hahahahaha, (feeling retis kejap). Seperti yang kita tahu, lagu "I AM ME" by Dato Seri Vida amat popular di Malaysia pada masa kini sehingga viral di seluruh negara dan banyak juga "Reaction Video" yang dilakukan oleh orang asing terhadap lagu tersebut. Aku juga tidak terkecuali mendengar lagu tersebut, yang pada mulanya aku berasa kurang gemar untuk mendengar lagu tersebut. Walaupun pada mulanya aku tidak suka, tetapi  lagu tersebut secara tidak langsung aku tak tersengaja terhafal lagu tersebut, setelah menonton parodi-parodi yang banyak di-upload di social media!(Hebat sungguh penangan lagu berhantu ini hahaha) Lama kelamaan aku menjadi suka dengan lagu tersebut."


Aku seorang yang memang gemar menggunakan Adobe Photoshop dan Premier dalam mengedit gambar-gambar atau video. Sebelum ini juga, aku memang menyertai Exco Multimedia dalam Persatuan "Sekretariat Mahasiswa Fakulti" atau dipanggil SMF di Universiti tempat aku belajar sekarang, dan telah banyak poster yang aku hasilkan bagi aktiviti yang kami jalankan. (taklah banyak mana, bolehlah dalam beberapa).

Aku start edit video "I AM ME" adalah untuk suka-suka selepas aku menonton sebuah rancangan TV Show iaitu "Britain's Got Talent" di laman Youtube. Di dalam video tersebut yang berdurasi 5 minit itu, memaparkan seorang lelaki bernama "Christian Spridon" menyanyikan lagu SEX BOMB berjaya mendapat Golden Buzzer daripada David Walliams walhal persembahannya di-reject oleh juri-juri yang lain. Aksi tersebut memang kelakar, menyebabkan memberi idea kepada aku untuk mengantikan moment tersebut kepada persembahan Live Dato Seri Vida.


(video edit)


(video asli)


Apa yang lebih mengejutkan, video tersebut mendapat perhatian blogger-blogger di luar sana, sekali gus mereka membuat satu artikel berkenaan video tersebut, iaitu "Dato Seri Vida Masuk Britain Got Talent". Antara yang pertama membuat artikel tersebut adalah www.mynewshub.cchttp://www.mynewshub.cc. Punyalah terkejut ketika melihat video tersebut di muat naik di website mereka. Tidak kurang juga, website lain turut membuat artikel yang sama. Selain itu, artikel tersebut banyak dipost di laman Facebook.. apalagi bertambahlah viewer.





Selain itu juga, melalui facebook setelah aku cuba check, jumlah share untuk video tersebut telah mencapai sebanyak 13 ribu lebih, kalau dicampur untuk setiap post. Patutlah jumlah viewers boleh mencecah 1 juta dalam masa 2 minggu sahaja sebab ramai yang share di Facebook!

Dibawah ini adalah entry-entry berkaitan video tersebut yang banyak di post oleh blogger-blogger di laman Facebook. Betapa banyaknya!!!




  


Gembira melihat reaksi rakyat Malaysia terhadap video tersebut, ada yang memuji dan ada juga turut mengecam. Yang mengecam tu kerana mereka berasa tertipu melalui artikel yang dimuat naik oleh blogger-blogger tersebut (walhal dalam entry semua website tersebut telah dinyatakan parodi- ni mesti kes yang tak baca!) , mereka mengatakan edit dan menipu.. hahaha tak boleh nak buat apa-apa untuk kes orang tak baca betul-betul.. terus je sergah tengok video tersebut tanpa membaca artikel yang ditulis! Yelah, teruja dan terkejut mendengar Dato Seri Vida pergi audition Britain's Got Talent. HAHA

Antara komen-komen reaksi netizen di youtube..










Untuk pengetahuan semua lagi, aku ada membuat sebuah video Parodi lagi untuk lagu "I AM ME" cover by Google Assistant, tetapi telah di-block oleh Media Prima Berhad! Pelik aku, padahal video tersebut under KRU Music. Tak apa, mungkin mereka tersalah block. Untuk video tersebut aku akan cuba upload nya kembali

Tolong pastikan akaun Google anda tidak private, bagi memudahkan pemilik blog untuk reply komen anda

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di hisham.rusli97@gmail.com


[PENAFIAN] www.chumchumlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.