-->
©ChumChumLee. Dikuasakan oleh Blogger.
Welcome To My Blog

Pengalaman Di Pusat Asasi Uitm Kampus Dengkil (Part 1)

#disclaimer: Post ini ditulis pada tahun 2016, dan yang pertama menulis tentang UiTM Dengkil. Jadi sepanjang beberapa tahun ini, mungkin ada beberapa perubahan berlaku. Jadi tak semestinya semuanya ada ya 🤣


Sejak dah start sambung semester 2 ni, dah sibuk sampai tak sempat nak update blog. Rasa rindu nak menulis (perasan-padahal baru je buat blog ni, tak sampai 2 bulan baru haha). Untuk pengetahuan semua, aku sekarang sedang menuntut di Uitm Dengkil dalam Asasi Sains masuk semester 2. Sebelum berpindah ke Uitm Dengkil ni, pelajar Asasi Sains ditempatkan di Uitm Puncak Alam, kiranya sekarang ni pelajar asasi dah ada tempat sendiri, tak adalah nak bercampur dengan pelajar Degree dan Diploma. Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, Uitm Dengkil dibina khas untuk penempatan pelajar asasi sahaja. Jadi semua pelajar asasi Sains, Kejuruteraan, Law dan Tesl semuanya ditempatkan disini.


Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil
Kampus Uitm Dengkil yang baru dibuka pada tahun 2015.
Terima kasih membaca